Tuesday, June 2, 2015

Memo: Pembayaran Deposit Air Untuk Meter Air Individu

Memorandum

Tarikh: 01-06-2015

Kepada Semua Penduduk Laksamana Puri Kondominium

Tuan / Puan,

PEMBAYARAN DEPOSIT AIR UNTUK METER AIR INDIVIDU

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara diatas.

Untuk maklumlah SEMUA penduduk sila buat bayaran deposit air untuk meter individu sebelum 08/06/2015 sebanyak RM150.00 dengan segera.

Gagal membuat bayaran akan menyebabkan terputusnya bekalan air ke rumah. Sila buat bayaran dengan segera untuk mengelak apa-apa masalah. Kami tidak akan dapat membantu jika tuan atau puan tidak melaksanakan pembayaran.

Diharap dapat memberi kerjasama.

Sekian, terima kasih

Yang besar,

HARUN BIN ABDUL GAFOOR
Pengurus Bangunan

Saturday, May 30, 2015

Laksamanapuri Condominium - 30 May 2015

Suasana yang baik untuk beriadah.. nak mandi dah start panas.. hehehe.. tapi kalau dapat berendam memang seronok..

Cafe belum buka, baru ingat nak minum-minum.. diantara kemudahan yang terdapat di Laksamana Condominium ini adalah mini market, sedikit keperluan asas boleh didapati disini, kedai dobi, cafe yang menghidangkan madakan panas dan internet cafe.

Saturday, May 23, 2015

Iklan : Laksamanapuri Condo untuk disewa

Rujukan :
Laksamanapuri Kondo, Jalan Laksamana Batu Caves - Apartments for rent in Batu Caves, Selangor http://www.mudah.my/Laksamanapuri+Kondo+Jalan+Laksamana+Batu+Caves-35987940.htm#kliBWb6Fm5g8FJDJ.41

Sewa : RM1200 sebulan

Fully furnished - sofa, perabot, katil dan almari

Thursday, May 21, 2015

Bank Lelong

Bank Lelong
Tarikh tutup : 27/05/2015

No. PL-09-03, Tingkat 9
Laksamana Puri Apartment
Jalan Laksamana 5, Kg Laksamana Jaya,
Batu Caves

Reserved Price :
RM185,000

Deposit 10% Only
Type Apartment 3 bilik
917 Sq Feet

Untuk Pertanyaan Sila Hubungi :
012-908 1090 ( Ena)
012-9300 380 (Chris)

Sunday, May 3, 2015

Tahniah En. Phaizal...

Dikesempatan ini, admin ingin mengucapkan tahniah kepada en. Phaizal Mustapha dan Ustaz Morshidi kerana masing-masing dikurniakan seorang puteri pada hari kelmarin.. semoga dengan kelahiran cahaya mata ini menceriakan dan mewarnai hari-hari yang akan datang...

Selamat menjadi seorang bapa.. tahniah sekali lagi..