Mohon kerjasama kepada semua penduduk supaya tidak cuai meninggalkan kenderaan tidak berkunci dan meninggalkan kunci di kereta. Elakkan parking kenderaan di tapak orang lain.
Sekadar berkongsi info dikalangan penduduk Laksamanapuri Condominium
Tuesday, September 13, 2016
Kes Kecuaian Tertinggal Kunci & Park Parking Orang
Friday, September 9, 2016
Kekesalan Diatas Tindakan Individu Tertentu
Pihak kami merasa agak kesal diatas tindakan yang kurang prihatin apabila individu tertentu mengoyakkan notis pemberitahuan makluman penyelenggaraan.
Tindakan beliau mungkin menyebabkan ramai lagi pemilik tidak tahu atau menyedari makluman tersebut. Semoga individu tersebut berubah menjadi insan yang berguna satu hari nanti.
Pihak pengurusan terpaksa melakukan penyelenggaraan agak cepat kerana terpaksa melakukan penukaran door rope lift dari Ground Floor ke Tingkat 18 secara cepat kerana door rope lift sudah berkarat dan mengganggu perjalanan lift sebelum ini. Tindakan pantas perlu dilakukan untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.
Makluman - Penyelenggaraan Lif pada 9mlm 9.9.2016
Pemberitahu
Kepada semua penduduk yang dihormati.
Pihak pengurusan Laksamana Puri bersama pihak pembaikan lift akan menjalankan "services" pada 09/09/2016 (jumaat) jam 9.00 malam hingga 11.00 malam.
Ini akan menyebabkan gangguan lift, harap mendapat kerjasama dari semua penduduk.
Segala kesulitan amatlah dikesali.
Sekian, terima kasih.
Saturday, August 27, 2016
Program Gotong Royong Belakang Futsal Kg Laksamana
Weekend depan ada masa tak? JOM sama-sama kita bergotong royong membersihkan semak samun. Nyamuk macam dah banyak.. Elakkan ianya menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.. Sayangi Keluarga kita...
Program Gotong Royong Belakang Futsal Kg Laksamana.
# 3 Sep 16 SABTU.
# JAM 08.30