Tuesday, June 6, 2017

06.06.2017 | Tiang TM tumbang

Maklumat diterima, sebatang tiang TM telah tumbang dan menganggu laluan. Menurut sumber kejadian berlaku di hadapan kedai runcit. Hanya kenderaan motorsikal sahaja yang boleh melaluinya. Aduan telah dibuat.

Tuesday, May 2, 2017

29.04.2017 | Gotong Royong JKP 7 MPS & Surau Al Ikhsan Laksamanapuri

Pada hari Sabtu yang lepas, iaitu 29 April 2017, pihak AJK Surau Al Ikhsan Laksamanapuri dengan kerjasama JKP Zon 7 MPS telah mengadakan aktiviti gotong royong di Laksamanapuri Condominium.

Aktiviti bermula dari jam 8.30 pagi. Turut dibantu dengan kehadiran abang-abang askar dari MK 11 BGD INF Malaysia dan CCSC Gombak.

Perserta juga turut dihidangkan dengan sedikit jamuan setelah kerja-kerja gotong royong selesai dilaksanakan.

Thursday, March 16, 2017

Serahan Cek Khairat Kematian dari Pihak Tawas

14 March 2017 - Pemberian Cek Khairat Kematian dari Tawas kepada salah seorang Penduduk di Laksamana Puri Condominium.

Kebakaran Kecil di Pangsapuri Laksamana Jaya Blok A

15 March 2017 - Kejadian kebakaran kecil di Laksamana Jaya Blok A tadi sekitar jam 10.00 mlm, melibatkan Glamour seluruh Flat.

Difahamkan berpunca dari kebakaran Motor Skuter merebak kebahgian bilik kawalan letrik.

Pasukan Bomba dapat mengawal dan bertindak degn pantas memadamkan api sebelum merebaknye ketempat lain.

Wednesday, February 8, 2017

Polis umum penutupan jalan di KL secara berperingkat pada 8 hingga 11 Februari sempena Thaipusam

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan, Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain, telah mengumumkan beberapa jalan di sekitar ibu negara akan ditutup secara berperingkat sempena perarakan sambutan Thaipusam pada 8, 10 dan 11 Februari ini. Di mana penutupan pertama bermula dari jam 12.30 tengah malam sehingga jam 2 petang pada 8 Februari.

“Perarakan kereta berhala Silver Chariot bermula dari kuil Sri Maha Mariamman, Jalan Tun H S Lee ke kuil Sri Subramaniar Batu Caves. Penutupan berikutnya ialah mulai jam 4 petang 10 Februari (Jumaat) hingga jam 2 pagi 11 Februari (Sabtu), iaitu bagi perjalanan dari kuil Sri Subramaniar ke kuil Sri Maha Mariamman,” ujarnya seperti mana yang dilaporkan menerusi Berita Harian.

Beliau turut berkata, laluan terbabit adalah Jalan Sultan, Jalan Pudu, Jalan Tun Perak, Jalan Lebuh Ampang, Jalan Ampang, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Dang Wangi, Sogo, Jalan Raja Laut, Jalan Sri Amar, Jalan Tun Razak, Jalan Ipoh, Jalan Perhentian, Jalan Ipoh Batu 5 dan Batu Caves.

Semua penutupan jalan akan dilakukan secara berperingkat iaitu mengikut pergerakan kumpulan terbabit dan dibuka semula selepas perarakan selesai.