Monday, July 24, 2017

23.07.2017 | Pengambaran di Laksamanapuri

Satu pengambaran filem telah diadakan di Laksamanapuri Condominium. Title drama tak pasti, korang teka laa sendiri ye!! Okla bagitau namanya Qhaliq.

Katanya last scene untuk filem ini. Scene itu tak pasti tetapi yang nampak cubaan bunuh diri di lot parking. Seolah nak terjun. Tapi scene tu agak lama kut. Dari pagi hingga ke petang. Mungkin mood nak shooting tak datang-datang.. Antara pelakon yang ada Hairul Azreen, Nur Risteena, Syaini Aida dan Aliffy Asyraf

Kehadiran beberapa kereta bomba dari balai Selayang.. Nasib laa kalau ada kes kebakaran pada hari tu.. ☺

Oklaa saksikan je laa beberapa gambar yang dikongsikan oleh penduduk untuk tatapan.

Friday, June 16, 2017

15.06.2017 | Terawih bersama Rumah Cahaya Bistari Selayang Baru

Assalamualaikum Dermawan sekelian.
RAMADHAN BULAN  PENUH KEBERKATAN.

SUMBANGAN DUIT RAYA KEPADA ANAK-ANAk RUMAH CAHAYA BISTARI SELAYANG BARU.

Tarikh : 15 JUN 2017 KHAMIS.
Tempat : DI surau Kondo.
Aktiviti : Mereka hadir :
      - solat isyak, terawih witir dan morey.
Seramai 52 org di Pusat tersebut.
Dengan sumbangan tersebut, dapatlah anak2 berkenaan bergembira di Aidil Fitri sebagaimana anak2 Tuan2 sekelian.


Semoga ALLAH melimpahkn lg rezeki kpd Tuan2 dan Puan2 yg myumbang RM dan sebagainya.

Aamiinn ya RABB

In sha ALLAH

-Kapt Hilman

Terima kasih kepada ;
# Tok Guru Ustaz Ubaidillah yg menyampaikan ilmu.
# Penyumbang-penyumbang RM dan makanan kepada Rumah Cahaya Bistari Selayang Baru.
# Pn Lily yg mengambil dan membawa balik Anak2 ke Rumah mereka.
# Tok Siak yang menyajikan makanan .
# juga kepada jemaah yg mengimarahkn surau pada malam ini dan sebelumnya.

Semoga amalan kita diterima oleh ALLAH SWT.

in sha ALLAH

-Kapt Hilman

Tuesday, June 6, 2017

06.06.2017 | Tiang TM tumbang

Maklumat diterima, sebatang tiang TM telah tumbang dan menganggu laluan. Menurut sumber kejadian berlaku di hadapan kedai runcit. Hanya kenderaan motorsikal sahaja yang boleh melaluinya. Aduan telah dibuat.

Tuesday, May 2, 2017

29.04.2017 | Gotong Royong JKP 7 MPS & Surau Al Ikhsan Laksamanapuri

Pada hari Sabtu yang lepas, iaitu 29 April 2017, pihak AJK Surau Al Ikhsan Laksamanapuri dengan kerjasama JKP Zon 7 MPS telah mengadakan aktiviti gotong royong di Laksamanapuri Condominium.

Aktiviti bermula dari jam 8.30 pagi. Turut dibantu dengan kehadiran abang-abang askar dari MK 11 BGD INF Malaysia dan CCSC Gombak.

Perserta juga turut dihidangkan dengan sedikit jamuan setelah kerja-kerja gotong royong selesai dilaksanakan.

Thursday, March 16, 2017

Serahan Cek Khairat Kematian dari Pihak Tawas

14 March 2017 - Pemberian Cek Khairat Kematian dari Tawas kepada salah seorang Penduduk di Laksamana Puri Condominium.