Thursday, March 16, 2017

Kebakaran Kecil di Pangsapuri Laksamana Jaya Blok A

15 March 2017 - Kejadian kebakaran kecil di Laksamana Jaya Blok A tadi sekitar jam 10.00 mlm, melibatkan Glamour seluruh Flat.

Difahamkan berpunca dari kebakaran Motor Skuter merebak kebahgian bilik kawalan letrik.

Pasukan Bomba dapat mengawal dan bertindak degn pantas memadamkan api sebelum merebaknye ketempat lain.

Wednesday, February 8, 2017

Polis umum penutupan jalan di KL secara berperingkat pada 8 hingga 11 Februari sempena Thaipusam

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan, Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain, telah mengumumkan beberapa jalan di sekitar ibu negara akan ditutup secara berperingkat sempena perarakan sambutan Thaipusam pada 8, 10 dan 11 Februari ini. Di mana penutupan pertama bermula dari jam 12.30 tengah malam sehingga jam 2 petang pada 8 Februari.

“Perarakan kereta berhala Silver Chariot bermula dari kuil Sri Maha Mariamman, Jalan Tun H S Lee ke kuil Sri Subramaniar Batu Caves. Penutupan berikutnya ialah mulai jam 4 petang 10 Februari (Jumaat) hingga jam 2 pagi 11 Februari (Sabtu), iaitu bagi perjalanan dari kuil Sri Subramaniar ke kuil Sri Maha Mariamman,” ujarnya seperti mana yang dilaporkan menerusi Berita Harian.

Beliau turut berkata, laluan terbabit adalah Jalan Sultan, Jalan Pudu, Jalan Tun Perak, Jalan Lebuh Ampang, Jalan Ampang, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Dang Wangi, Sogo, Jalan Raja Laut, Jalan Sri Amar, Jalan Tun Razak, Jalan Ipoh, Jalan Perhentian, Jalan Ipoh Batu 5 dan Batu Caves.

Semua penutupan jalan akan dilakukan secara berperingkat iaitu mengikut pergerakan kumpulan terbabit dan dibuka semula selepas perarakan selesai.

Tuesday, January 17, 2017

Aktiviti Surau : 22 Januari 2017 - Tangisan Rohingya

Ceramah Bulanan : Tangisan Rohingya
Oleh : Penceramah Jemputan
Tarikh : 22 Januari 2017 (Ahad)
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : Surau al-Ikhlas, Laksamana Puri Kondominium, Batu Caves Selangor

Maklumat lanjut sila hubungi :
* Pengerusi Surau, Kpt Hirman (Bersara) - 019-613.1276
* Setiausaha, En. Mohd Yahya : 012-268.2962

Thursday, January 5, 2017

Tuesday, November 22, 2016

Iklan : Kehilangan kucing

Ada sesiapa yang terjumpa kucing ini di Laksamanapuri Condo?