15 Ogos 2015... bermula jam 5 petang, penduduk mula turun meraikan Majlis Sambutan Aidilfitri 2015 Peringkat Laksamanapuri Condominium.
Menu utama seperti yang dinyatakan sebelum ini, nasi beriani, ayam masak merah, kari kambing, dalca dan lain-lain. Juga terdapat sedikit kuih raya sumbangan penduduk-penduduk.
Pemberian duit raya juga dilakukan dan diberi kepada semua kanak-kanak. Walaupun nilai tidak seberapa namun tradisi memberi duit raya tetap diteruskan.
Tidak ketinggalan cabutan bertuah juga ada. Ada beberapa hamper disediakan dan kepada yang bertuah, tahniah... anda memang bertuah.. :)
Tahun depan maybe rezeki admin pula. Majlis berjalan lancar dengan iringan lagu-lagu raya..
Insya Allah.. jika diizinkan.. bertemu lagi di Majlis Sambutan Aidilfitri pada tahun hadapan.