Sekadar berkongsi info dikalangan penduduk Laksamanapuri Condominium
Sunday, July 22, 2018
21.07.2018 | Sambutan Aidilfitri 2018 Peringkat Laksamanapuri Anjuran Surau Al Ikhlas & JMB Laksamanapuri Condo
*Gambar kredit kepada saudara En. Azri
Saturday, August 6, 2016
Sambutan Hari Aidilfitri Peringkat Laksamanapuri 2016
Diantara gambar-gambar yang dapat disnap semasa Majlis Sambutan Aidilfitri Peringkat Laksamanapuri Condominium pada 6 Ohos 2016.
Sambutan Aidilfitri Peringkat Laksamanapuri Condominium 2016 (Persiapan)
Sunday, August 16, 2015
Sambutan Majlis Aidilfitri 2015
15 Ogos 2015... bermula jam 5 petang, penduduk mula turun meraikan Majlis Sambutan Aidilfitri 2015 Peringkat Laksamanapuri Condominium.
Menu utama seperti yang dinyatakan sebelum ini, nasi beriani, ayam masak merah, kari kambing, dalca dan lain-lain. Juga terdapat sedikit kuih raya sumbangan penduduk-penduduk.
Pemberian duit raya juga dilakukan dan diberi kepada semua kanak-kanak. Walaupun nilai tidak seberapa namun tradisi memberi duit raya tetap diteruskan.
Tidak ketinggalan cabutan bertuah juga ada. Ada beberapa hamper disediakan dan kepada yang bertuah, tahniah... anda memang bertuah.. :)
Tahun depan maybe rezeki admin pula. Majlis berjalan lancar dengan iringan lagu-lagu raya..
Insya Allah.. jika diizinkan.. bertemu lagi di Majlis Sambutan Aidilfitri pada tahun hadapan.
Gotong Royong Sempena Sambutan Aidilfitri 2015
Thursday, August 13, 2015
Sambutan Raya Aidilfitri Kondo Laksamanapuri
Tarikh : 15 Ogos 2015 (Sabtu)
Jam 8.00 pagi - Gotong royong persiapan
Jam 5.00 petang - Majlis Bermula
Tempat : Perkarangan Kolam Renang
Turut bersama Anak-anak yatim
Kepada yang muslim - sila bawa semangkuk kuih raya untuk dinikmati bersama...
Pengerusi Majlis - Kapt Hirman (Bersara)
Semua dijemput hadir...










