Friday, January 29, 2021

Notis : Makluman Khas Penutupan Lif No.2 (Lif Tengah)

 Makluman Khas Penutupan Lif No.2 (Lif Tengah)

Untuk makluman semua, lif tengah akan ditutup selama 2 hari iaitu pada esok, 29/01/2021 hingga sabtu 30/01/2021 bagi kerja-kerja kemaskini wiring lif bomba(yang melalui shaft lif tengah) dan kerja-kerja ubah kedudukan panel utama lif tengah.

Lif bomba akan kekal beroperasi seperti biasa. Shutdown hanya melibatkan lif tengah.

Harap Maklum & Terima Kasih.


Thursday, January 28, 2021

Pengurusan kondo tak perlu wajibkan penduduk ambil ujian calitan - Pakar

Pengurusan kondo tak perlu wajibkan penduduk ambil ujian calitan - Pakar

Low Choon Chyuan | Diterbitkan

Pakar kesihatan awam mengkritik pengurusan kondominium kerana mewajibkan penyewa menjalani ujian calitan, dengan mengatakan bahawa langkah itu tidak membantu mengekang koronavirus.

Penyelidik sistem kesihatan dan kesihatan awam Monash University Malaysia Mark Cheong berkata walaupun setiap penyewa menunjukkan keputusan ujian Covid-19 negatif sebelum masuk, ia tidak akan berkesan untuk melindungi penduduk daripada dijangkiti virus itu.

"Ini kerana ujian calitan hanya memberitahu anda jika orang itu mempunyai virus pada saat ujian itu diambil.

"Walaupun penyewa menunjukkan hasil ujian Covid-19 yang negatif, ia tidak melindungi mereka daripada dijangkiti virus kemudian hari dan berpotensi menyebarkannya kepada penduduk lain," katanya.

Penyelidik kesihatan awam Third World Netrwork, Lim Chee Han mengingatkan bahawa orang ramai agar tidak mempunyai tanggapan salah terhadap ujian calitan tetapi memahami keadaan dan kekangan untuk menjalani pemeriksaan.

Dia mengatakan bahawa ujian calitan mempunyai batasan, seperti ketidakupayaan untuk mengesan mereka yang baru dijangkiti. Bagi mereka yang baru pulih daripada virus, ada hasil yang positif ketika menjalani ujian RT-PCR, walaupun mereka tidak lagi dapat menjangkiti orang lain (tahap kebolehjangkitan sangat rendah).

Lim bersetuju dengan Cheong bahawa ujian calitan hanya dapat mengesan sama ada seseorang itu dijangkiti pada waktu ujian diambil, dan kosnya terlalu mahal bagi orang ramai untuk diuji secara berkala.

"Saya dapat memahami mengapa majikan harus memikul tanggungjawab dan menyaring pekerja mereka; ini kerana pekerja mereka harus keluar dan menghubungi orang lain untuk tujuan kerja.

"Tetapi mengapa ada keperluan bagi penduduk kondominium untuk diuji? Lagipun, kosnya tinggi.

"Selain itu, ujian satu kali tidak begitu berkesan untuk mengekang virus," katanya.

Pihak pengurusan tidak boleh melakukan pengujian besar-besaran tanpa tujuan, dan hanya akan merugikan penduduk.

"Saya rasa penjejakan kontak lebih penting ... kecuali ada kes yang disahkan di bangunan itu, maka mereka dapat mengesan kontak rapat dan meminta mereka melakukan ujian calitan," tambahnya.

Pakar penyakit berjangkit Dr Christopher Lee mengatakan di Twitter bahawa langkah-langkah tersebut akan memberi orang "rasa selamat yang salah".

"Selain kesulitan logistik pengujian berkala untuk semua orang, penyaringan pengguna mungkin hanya memberi rasa selamat yang salah.

Bekas timbalan menteri kesihatan Dr Lee Boon Chye mengatakan bahawa tindakan sedemikian tidak realistik.

Jelasnya, pengurusan kondominium seharusnya mengikuti prosedur operasi standard (SOP), termasuk membersihkan lif dan kawasan awam secara berkala serta menjaga jarak sosial.

Sekiranya mereka mengabaikan SOP setelah diuji, kluster baru akan tetap muncul setelah beberapa bulan, kata ahli parlimen PKR Gopeng itu kepada Malaysiakini.

Sumber : https://www.malaysiakini.com/news/560824

Friday, March 27, 2020

RMO-Covid19 : Jom Support... Menu Untuk 27 March 2020

Ok... rasanya semua maklumkan tentang Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 March 2020 - 18 April 2020... So jom support Food Delivery ni, Fresh Cook dari Penduduk Laksamanapuri ye... Minimum Order : 2 pax.. Delivery Charge? FREE untuk Penduduk Laksamanapuri ye.. GRAB dan bantu... Ops Harga tak letak ye.. Kena tanya owner ye... lupa plak...

Boleh whatsapp ke no ini ye +6018-217 3951  . Klik sini

Wednesday, February 19, 2020

Notis: Perjumpaan JMB bersama Penduduk

Notis - Perjumpaan Penduduk & JMB

Dijemput semua pemilik untuk hadir bersama ke Majlis Perjumpaan Bersama Jawatankuasa JMB seperti butiran dilampirkan.


Notis : Serahan Laporan Audit Tahunan Berakhir 2014

Audit JMB 2013/2014

Laporan audit bagi tahun berkenaan telah siap.

Semua owner dijemput untuk mengambil satu salinan  di Pejabat.

Bawa bersama MyKad untuk pengesahan identiti pemilik unit sebagaimana kandungan S&P

Rujuk memo dibawah.


Tuesday, February 18, 2020

Notis Tutup Liff 21-02-2020

Dear Residents,

Please be informed Lift No.2 will be shutdown
beginning Friday 21 Feb 2020, 9am until Saturday 22 Feb 2020, 1159pm

Kindly refer below memo circulation.

Thanks.


Sunday, July 22, 2018

21.07.2018 | Sambutan Aidilfitri 2018 Peringkat Laksamanapuri Anjuran Surau Al Ikhlas & JMB Laksamanapuri Condo

Syukur ke hadrat Ilahi, kerana masih diberi peluang untuk diadakan Majlis Sambutan Aidilfitri peringkat Laksamanapuri Condo. Walaupun Syawal sudah berlalu pergi, namun dah menjadi satu kemestian Majlis Sambutan Aidilfitri perlu diadaka. Terima kasih kepada Mantan Ahli Zon iaitu Pn Maizura kerana sudi hadir.

*Gambar kredit kepada saudara En. Azri










Sunday, July 15, 2018

Sunday, March 25, 2018

AGM LAKSAMANAPURI 2018

Pada 25.03.2018, AGM untuk Laksamanapuri telah dilaksanakan di Dewan Laksamanapuri Condominium. Kehadiran lebih kurang 57+ orang pemilik yang layak mengundi. Kehadiran wakil COB turut membantu melancarkan majlia tersebut. Tahniah kepada AJK baru yang dilantik. Semoga anda semua dapat menjalankan tugas sebaik yang mungkin.

Wednesday, October 4, 2017

Sinar Harian : Tunggakan lebih RM700,000

SHAH ALAM - Pengurusan Apartmen Klang Villa, Pandamaran terbeban dengan tunggakan penyelenggaraan pemilik yang tidak dibayar mencecah lebih RM700,000 sehingga gagal membuat kerja selenggara dengan sempurna.

Pengurus Apartmen Klang Villa, Arun Kumar berkata, bayaran tertunggak sejak 2009 menyukarkan lagi kerja penyelenggaraan apartmen, walaupun tindakan undang-undang diambil terhadap pemilik rumah yang enggan membayar kos tersebut.

“Hanya 40 peratus daripada pemilik rumah yang mahu bayar bil penyelenggaraan setiap bulan, manakala yang selebihnya tak mahu bayar. Susahlah kita mahu buat kerja penyelenggaraan.

“Tetapi kita usahakan juga baiki lif yang rosak dengan wang yang ada dan kadang-kala terpaksa berhutang dan bayar secara ansuran kepada syarikat yang baiki lif untuk kemudahan penduduk di sini,” katanya.

Arun berkata, setiap bulan badan pengurusan memerlukan RM50,000 bagi menampung semua kos pentadbiran, urusan pembayaran gaji kakitangan dan pegawai keselamatan, kos membaiki lif serta kos kebersihan apartmen.

Bagaimanapun, pihaknya hanya menerima kutipan paling tinggi RM40,000 sahaja daripada pemilik rumah.

“Kolam renang yang kita sediakan untuk penyewa dan pemilik rumah di sini pun kita terpaksa tutup sebab kekurangan dana.

“Ia tidak selamat lagi digunakan sebab berlaku keretakan di dasar kolam renang sejak pemaju serahkan pentadbiran kepada kami. Jadi kita buat keputusan untuk tutup dan mungkin kita ganti tempat itu dengan taman permainan, tetapi itu semua pun perlukan kos yang tinggi.

“Bukan semua yang tidak mahu bayar kos penyelenggaraan, tetapi jika yang tak mahu bayar itu tertunggak hingga lebih RM20,000, bagaimana kami mahu buat kerja?,” katanya.

Mohon bantuan kerajaan

Pihaknya bagaimanapun berusaha membaiki kekurangan apartmen itu dengan memohon Skim Ceria di bawah kendalian kerajaan negeri, namun ditolak atas alasan apartmen itu bukan pangsapuri kos rendah.

“Walaupun permohonan kami ditolak kerajaan negeri, kami masih lagi mahu membantu penduduk di sini dengan memohon program Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia di bawah kendalian Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

“Program ini layak untuk perumahan ini kerana ia dikira apartmen berkos sederhana. Harap kerajaan pula sudi bantu kami,” katanya.

Menurutnya, kesemua empat blok di apartmen itu juga berfungsi dengan baik tetapi gejala vandalisme tidak mampu dikawal dan menyebabkan lif mudah mengalami kerosakan.

“Untuk blok B, C dan D memang ada dua sepatutnya, tetapi kami hanya kekalkan satu lif untuk kegunaan semua.

“Kita tak mampu betulkan satu lagi lif akibat kekurangan dana. Kalau nak betulkan lif saja perlukan kos lebih RM40,000, sedangkan bayaran penyelenggaraan pun pemilik rumah tak mahu bayar,” katanya.

Pihaknya juga berharap penyewa dan pemilik apartmen melunaskan segala tunggakan dengan segera bagi memudahkan pihak pengurusan membaiki segala kerosakan di apartmen itu.

Aduan tidak pernah dilayan

Sementara itu pemilik rumah, Lee Chun Cheng, 62, kesal kerana aduan mengenai ketidakpuasan hati terhadap pihak pengurusan apartmen tidak pernah didengar.
“Saya sudah beli rumah ini sejak ia dibina pada 1997, tetapi lif selalu rosak.

“Susah untuk kita bergerak sebab kita pun sudah tua, lif ada dua tapi boleh pakai satu saja. Saya mohon pihak pengurusan selesaikan masalah ini segera,” katanya.
Chun Cheng turut menyatakan rasa bimbang terhadap keselamatan penduduk kerana kawasan apartmen dihuni terlalu ramai warga asing.

“Pemilik asal banyak sewakan rumah mereka kepada warga asing dan kecurian kerap berlaku di sini. Saya sebagai pemilik awal rumah di sini, bimbang dengan keselamatan keluarga saya.

“Kolam renang pun sudah ditutup oleh pihak pengurusan, sedangkan apartmen ini merupakan yang pertama di Klang ada kolam renang tapi tak boleh pakai,” katanya.

Dia turut mengakui, tidak mahu membayar kos penyelenggaraan kerana terlalu kecewa dengan sikap pengurusan yang lepas tangan dengan masalah yang dihadapi pemilik apartmen.

“Buat apa bayar kalau mereka tidak mahu buat kerja. Kita punya aduan mereka tidak dengar pun,” luahnya kecewa.

Rumah sering dimasuki pencuri

Pemilik rumah, Khafisah Ishak, 45, turut melahirkan rasa kecewa dengan sikap yang ditunjukkan pihak pengurusan apartmen yang tidak serius dengan aduan dibuat.

“Saya tinggal di sini sejak 2003 tetapi kecewa dengan sikap pengurusan yang enggan dengar masalah kami. Rumah saya saja sudah tiga kali dimasuki pencuri dan terpaksa tanggung kerugian hingga RM16,000.

“Saya pula bayar wang penyelenggaraan setiap bulan. Tak adillah layan kami yang bayar wang penyelenggaraan setiap bulan sama dengan yang tak bayar,” katanya.

Menurutnya, dia berharap pihak pengurusan mampu menyelesaikan masalah apartmen itu dengan segera.

“Mungkin ada yang tidak mahu bayar wang penyelenggaraan, tetapi macam mana pula nasib kami yang bayar setiap bulan? Masih sama jugakah layanan yang kami terima,” katanya. 

 
Rujukan : http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/tunggakan-lebih-rm700-000-1.358401


Thursday, September 14, 2017

Pemberitahuan : Agihan Tunggakan SYABAS

Agihan Tunggakan SYABAS sebanyak RM640 ke akaun individu. Jafual berkala bayaran sebanyak RM56 selama 12 bulan perlu dibayar kepada pihak SYABAS. 

Kepada penduduk yang telah membuat bayaran boleh ke Pejabat Bangunan untuk kemukakan bukti pembayaran dan mendapat rebate ke atas bayaran penyelenggaraan bulanan sebanyak RM56.



Tuesday, September 5, 2017

TheStar : Support for tougher action on errant high-rise owners

Tuesday, 5 September 2017 | Support for tougher action on errant high-rise owners


PETALING JAYA: The tough action against errant apartment owners has been lauded by unit owners and management bodies who believe this will reduce the number of defaulters.

Building Managers Association of Malaysia committee member Richard Chan said the seizure of movable items was a step in the right direction.

“However, there are cases where the units are empty because the owners don’t live there. So there are no items to seize.

“Perhaps it would be better to empower the authorities to seize and auction the property or unit itself,” he suggested, adding that this would be an even stronger approach to get owners to settle their debts.

However, he said, management bodies may still seek recourse from the Strata Management Tribunal which has been able to settle disputes quickly and efficiently.

“The mentality of residents needs to be changed. A stronger sense of responsibility is needed to maintain shared buildings and facilities.

“If you don’t have the right mindset, don’t live in stratified buildings,” Chan said.

A condominium’s management body committee member, who wishes to be known only as Ming, said the seizures were “the last resort” against hardcore defaulters after all avenues of collection had been exhausted, including sending letters and deactivating access to common facilities.

“It can even happen after such unit owners fail to pay up after a second hearing of claims at the tribunal.

“I hope the Urban Wellbeing, Housing and Local Government Ministry will publicise more of these raids to raise awareness and reinforce the need to pay maintenance char­ges promptly,” said the retiree, who lives in a condominium in Kuala Lumpur.

She said her condo’s MC normally sent reminder letters and made follow-up calls to the delinquent owners, followed by deactivation of their security access card to the lift.

“This first level of inconvenience usually prompts the owner to pay up immediately,” she said.

If those staying in the units are tenants, they would be forced to complain to their landlord or the owner.

“If such recovery measures fail, then the MC will file claims against the owner at the tribunal,” Ming added.

A condominium resident, who wished to be known only as Aaron, welcomed the enforcement efforts.

“It will definitely be more effective in getting more people to pay up,” said the 32-year-old engineer.
He said the failure of others to pay fees made it difficult to maintain the shared space and services for the benefit of all residents.

“But to be fair, there should be reasonable notice given before any seizure takes place,” he added.

Read more at http://www.thestar.com.my/news/nation/2017/09/05/support-for-tougher-action-on-errant-highrise-owners/#zQmzFgikJFPYyxwu.99

TheStar : Condo owners want JMB to do better

Tuesday, 5 September 2017 |  Condo owners want JMB to do better

PETALING JAYA: Property owners have called on joint management bodies (JMB) of their residences to effectively utilise the maintenance fees for proper upkeep of the places.

Condominium owner Nina Raz, 31, has been paying RM334 monthly for the maintenance of her home in Section 13, Shah Alam.

Despite paying hundreds in maintenance fees, she claimed that the quality of services and upkeep of her building still left much to be desired.

“Our building is poorly maintained although we pay costly maintenance fees.

“Before raiding the units of repeat defaulters, JMB needs to ensure that the residences are in tip-top condition.

“Make sure the cleaners follow their schedules accordingly and that the security guards do their jobs,” she said.

Nina, a writer by profession, claimed that she had twice been denied access to her own residence due to the JMB’s failure to update its payment records.

A retiree, who wanted to be known only as Joe, said he expected more transparency and better communication from the JMB or management office, considering that he is paying nearly RM300 monthly in maintenance fees for his condo in Petaling Jaya.

“For example, the management decided to do away with the intercom system for visitors without communicating this to us. Now when we have visitors, we need to go downstairs to buzz them in and out of the building ourselves.

“We also had a car park lift that was out of order for a year. Residents in two blocks were affected. There was no information, no circulars on what went wrong with the lift,” he said.

Read more at http://www.thestar.com.my/news/nation/2017/09/05/condo-owners-want-jmb-to-do-better/#3bubXjIhTfsCZPMj.99

TheStar : Knock, knock, we are coming for you


Tuesday, 5 September 2017 | Knock, knock, we are coming for you


PETALING JAYA: Knock, knock, who’s there?

The answer could be the authorities, here to seize your belongings if you are a condo owner who defaulted on maintenance fees.

The Government is intensifying enforcement efforts against condominium and apartment owners who fail to pay up. And it means business.

In fact, the seizures have already begun.

For the first time under the Strata Management Act 2013, five units at an apartment in Bangi, Selangor, were raided in May because of their owners’ failure to settle fees totalling thousands of ringgit.

Movable items like flat-screen TVs, smartphones and even appliances like rice cookers and gas tanks were seized by the apartment’s management body, the Kajang Municipal Council’s Commissioner of Buildings (COB) unit, and the Urban Wellbeing, Housing and Local Government Ministry.

The items were later auctioned off to settle outstanding fees or reclaimed by the owners who finally paid up.

Such action will be stepped up to get more defaulters to toe the line.

“Similar enforcement efforts, including seizures, will be extended to various locations nationwide,” the ministry’s urban service division senior principal assistant secretary Mohd Syaifulrizal Mohd Bakar told The Star.

In fact, five other raids were conducted so far this year by the ministry, together with the respective local councils’ COB.

Mohd Syaifulrizal said there was no minimum amount of outstanding fees needed for such seizures to be conducted.

“As long as the joint management body (JMB) or management corporation (MC) of a condo or apartment has served a written notice to demand payment from the unit owner, and it is unpaid after 14 days, enforcement can take place.

“The JMB or MC can serve a warrant to the defaulters with the help of the COB and ministry,” he said.

Aside from seizing items, other actions that the JMB and MC can take include filing a summons in court against defaulters and filing a claim in the Strata Management Tribunal formed under the Act.
The Act, which came into effect in July 2015, gives more bite to management bodies in ta­­king action against errant unit owners.

Calling it more comprehensive than the repealed Building and Common Property (Maintenance and Management) Act, Mohd Syaifulrizal said the new law had also led to a slight improvement in property management standards.

“The ministry wants more JMBs and MCs to practise better quality management and maintenance to foster a harmonious and healthy living community,” Mohd Syaifulrizal said.

 Read more at http://www.thestar.com.my/news/nation/2017/09/05/knock-knock-we-are-coming-for-you/#cz5uDSsjI7J78DhZ.99

MalayMailOnline : Ministry begins enforcing Strata Act with condo raids, seizure over unpaid maintenance fees

KUALA LUMPUR, Sept 5 - The government has started raiding and seizing household items from apartment and condominium units whose owners have not paid the maintenance fees.

The Urban Wellbeing, Housing and Local Government Ministry has this year conducted six such raids in the first-ever enforcement action under the Strata Management Act 2013 - which kicked in last July.

Mohd Syaifulrizal Mohd Bakar, the ministry's urban service division senior principal assistant secretary, said there was no minimum amount of unpaid fees that would trigger the ministry's joint raids carried out with the Commissioner of Buildings of local councils.

“As long as the joint management body (JMB) or management corporation (MC) of a condo or apartment has served a written notice to demand payment from the unit owner, and it is unpaid after 14 days, enforcement can take place.

“The JMB or MC can serve a warrant to the defaulters with the help of the COB and ministry,” he was quoted telling local daily The Star.

Beyond carrying out seizures, the JMB and MC can also file a summons in court against unit owners who fail to pay maintenance and file a claim with the Strata Management Tribunal, The Star said.

The first of the six raids this year was in May where items were seized from five units of a Bangi apartment over unpaid maintenance fees worth thousands of ringgit.

In the joint raid by the ministry, Kajang Municipal Council's COB and the apartment's own management body, the seized items were either auctioned to clear the unsettled fees or were taken back by unit owners who subsequently paid up.

The items seized included flat-screen televisions, rice cookers, gas tanks and smartphones, The Star said.

“Similar enforcement efforts, including seizures, will be extended to various locations nationwide,” Mohd Syaifulrizal said.

In another report by The Star, Building Managers Association of Malaysia committee member Richard Chan noted that there may be no seizable items at vacant units which are unoccupied by their owners, suggesting that it may be better to empower the authorities to seize the property unit and auction it off instead.
 

Tuesday, August 22, 2017

19.08.2017 | Pemasangan Bendera Malaysia di Laksamanapuri

Terima kasih di atas sumbangan dan kerjasama beberapa Penduduk di Laksamanapuri yang telah bertungkus lumus memasang Bendera Malaysia sempena sambutan Hari Merdeka tahun ini.

Nampak ceria sedikit...

Credit : Cikgu Zikri



Add caption
Add caption

Credit : Cikgu Zikri

Credit : Cikgu Zikri

Credit : Cikgu Zikri

Credit : Cikgu Zikri

Add caption



Add caption

Saturday, July 29, 2017

29.07.2017 - Jamuan Raya 2017

Majlis Hari Raya Eidul Fitri peringkat Laksamanapuri Condominium 1538H @ 2017 diadakan pada 29 Julai 2017 bertempat Perkarangan Kolam Renang Laksamanapuri Condominium bermula jam 4.30ptg hingga ke 6.00ptg.  Ribuan terima kasih diucapkan kepada Pejabat Adun Batu Caves, AM Zon 7 MPS, PeBT Selayang, JKKK Laksamana dan penyumbang-penyumbang.

Monday, July 24, 2017

23.07.2017 | Pengambaran di Laksamanapuri

Satu pengambaran filem telah diadakan di Laksamanapuri Condominium. Title drama tak pasti, korang teka laa sendiri ye!! Okla bagitau namanya Qhaliq.

Katanya last scene untuk filem ini. Scene itu tak pasti tetapi yang nampak cubaan bunuh diri di lot parking. Seolah nak terjun. Tapi scene tu agak lama kut. Dari pagi hingga ke petang. Mungkin mood nak shooting tak datang-datang.. Antara pelakon yang ada Hairul Azreen, Nur Risteena, Syaini Aida dan Aliffy Asyraf

Kehadiran beberapa kereta bomba dari balai Selayang.. Nasib laa kalau ada kes kebakaran pada hari tu.. ☺

Oklaa saksikan je laa beberapa gambar yang dikongsikan oleh penduduk untuk tatapan.

Friday, June 16, 2017

15.06.2017 | Terawih bersama Rumah Cahaya Bistari Selayang Baru

Assalamualaikum Dermawan sekelian.
RAMADHAN BULAN  PENUH KEBERKATAN.

SUMBANGAN DUIT RAYA KEPADA ANAK-ANAk RUMAH CAHAYA BISTARI SELAYANG BARU.

Tarikh : 15 JUN 2017 KHAMIS.
Tempat : DI surau Kondo.
Aktiviti : Mereka hadir :
      - solat isyak, terawih witir dan morey.
Seramai 52 org di Pusat tersebut.
Dengan sumbangan tersebut, dapatlah anak2 berkenaan bergembira di Aidil Fitri sebagaimana anak2 Tuan2 sekelian.


Semoga ALLAH melimpahkn lg rezeki kpd Tuan2 dan Puan2 yg myumbang RM dan sebagainya.

Aamiinn ya RABB

In sha ALLAH

-Kapt Hilman

Terima kasih kepada ;
# Tok Guru Ustaz Ubaidillah yg menyampaikan ilmu.
# Penyumbang-penyumbang RM dan makanan kepada Rumah Cahaya Bistari Selayang Baru.
# Pn Lily yg mengambil dan membawa balik Anak2 ke Rumah mereka.
# Tok Siak yang menyajikan makanan .
# juga kepada jemaah yg mengimarahkn surau pada malam ini dan sebelumnya.

Semoga amalan kita diterima oleh ALLAH SWT.

in sha ALLAH

-Kapt Hilman

Tuesday, June 6, 2017

06.06.2017 | Tiang TM tumbang

Maklumat diterima, sebatang tiang TM telah tumbang dan menganggu laluan. Menurut sumber kejadian berlaku di hadapan kedai runcit. Hanya kenderaan motorsikal sahaja yang boleh melaluinya. Aduan telah dibuat.