Friday, November 20, 2015

Bengkel Masakan Nasi Arab Special

PWB BATU Caves akan mengadakan "Bengkel Masakkan Nasi Arab Special" akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh   : 22/11/2015
Masa    : 10.00pg-2.00ptg
Tempat :  Dewan Jkk Kg Baru Batu Caves

Lauk yg diajar cara  memasak kambing dan ayam dan juga sayur salad.

Yuran komitmen RM 30.00
Untuk pendaftaran boleh hubungi di talian:
017 2434260 ( Pn Zimah)
03  61875950( Pej Dun Bt Caves)
Penyertaan terhad kepada 30 org shj.

Sunday, November 8, 2015

8 November 2015 - Aktiviti hujung minggu


Seperti hujung-hujung kebiasaan.. kolam renang kembali penuh.. cuaca pun alhamdulillah tenang dan tidak berjerebu.. 

Friday, October 2, 2015

Laksamanapuri : Bank Lelong 13.10.2015

Bank Lelong


Tarikh tutup : 13.10.2015

No.PL-12-05, Tingkat 12
Bumi lot
Reserved price : rm175k
Deposit : 10% only
915sq feet

Contact : 
ena 0129081090
Chris 0129300380

Sunday, August 16, 2015

Sambutan Majlis Aidilfitri 2015

15 Ogos 2015... bermula jam 5 petang, penduduk mula turun meraikan Majlis Sambutan Aidilfitri 2015 Peringkat Laksamanapuri Condominium.

Menu utama seperti yang dinyatakan sebelum ini, nasi beriani, ayam masak merah, kari kambing, dalca dan lain-lain. Juga terdapat sedikit kuih raya sumbangan penduduk-penduduk. 

Pemberian duit raya juga dilakukan dan diberi kepada semua kanak-kanak. Walaupun nilai tidak seberapa namun tradisi memberi duit raya tetap diteruskan.

Tidak ketinggalan cabutan bertuah juga ada. Ada beberapa hamper disediakan dan kepada yang bertuah, tahniah... anda memang bertuah.. :)

Tahun depan maybe rezeki admin pula. Majlis berjalan lancar dengan iringan lagu-lagu raya.. 

Insya Allah.. jika diizinkan.. bertemu lagi di Majlis Sambutan Aidilfitri pada tahun hadapan.

Gotong Royong Sempena Sambutan Aidilfitri 2015

Alhamdulillah.. bermula dari jam 8 pagi, kerja gotong royong dalam menyediakan masakan untuk majlis Sambutan Aidilfitri 2015 Peringkat Kondominium Laksamana Puri  anjuran Surau Al-Ikhlas Laksamanapuri Condominium dan JKP Zon 13 MPS telah berjalan lancar.. 

Penduduk-penduduk turun serta untuk bersama-sama bergotong-royong dalam menyediakan juadah seperti nasi beriani, ayam masak merah, kari kambing, dalca dan lain-lain lagi.

Semoga aktiviti-aktiviti seperti ini akan selalu dilakukan. Ini kerana secara tidak langsung mengeratkan hubungan dan ukhuwah persaudaraan dikalangan penduduk di Laksamanapuri Condominium tanpa mengira perbezaan kaum, agama dan fahaman politik