Saturday, August 27, 2016

Program Gotong Royong Belakang Futsal Kg Laksamana

Weekend depan ada masa tak? JOM sama-sama kita bergotong royong membersihkan semak samun. Nyamuk macam dah banyak.. Elakkan ianya menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.. Sayangi Keluarga kita...

Program Gotong Royong Belakang Futsal Kg Laksamana.
   # 3 Sep 16 SABTU.
   # JAM 08.30

Mesyuarat Luar Biasa EGM pada 28 Ogos 2016

Mesyuarat Luar Biasa (EGM) dijadualkan pada 28 Ogos 2016 adalah bertujuan untuk menyegerakan proses Migrasi Air Syabas dari pukal ke meter individu. Di mesyuarat ini akan diberikan taklimat ringkas proses yang perlu dilakukan dan juga cadangan agihan tunggakan. Pihak pengurusan JMB ada cadangan yang boleh membuatkan proses migrasi bekalan air ini berjalan lancar. Undian dari penduduk diperlukan untuk kelancaran proses migrasi ini. Sila hadir untuk mendengarnya.

Tuesday, August 16, 2016

IKLAN : RUMAH UNTUK DISEWA (TINGKAT 7, MELAYU SAHAJA)

RUMAH UNTUK DISEWA (MELAYU SAHAJA)
Unit : PL-07-16, Laksamanapuri Condominium, Jalan Laksamana 5, Kg Laksamana, 68100 Batu Caves, Selangor

Sila hubungi : 011.1271.5317

Pelbagai Kemudahan
  • 4 bilik tidur
  • 2 bilik air
  • kabinet dapur
  • kipas disetiap bilik
  • lantai jubin keemasan
  • kolam renang
  • berhampiran dengan komuter batu caves
  • berhampiran pasar borong selayang, NSK
  • berhampiran dengan hospital selayang
  • berhampiran sekolah rendah / menengah / agama
  • berhampiran masjid
  • laluan mudah keluar ke utara / timur / selatan dan kuala lumpur
  •  berhampiran lebuhraya lingkaran tengah mrr2 / tol plus gombak


Monday, August 15, 2016

IKLAN : RUMAH UNTUK DISEWA (TINGKAT 1)

RUMAH UNTUK DISEWA (TINGKAT 1)
Unit : PL01-07, Laksamanapuri Condominium, Jalan Laksamana 5, Kg Laksamana, 68100 Batu Caves Selangor
Hubungi : 012.384.2671

Saturday, August 6, 2016

Sambutan Hari Aidilfitri Peringkat Laksamanapuri 2016

Diantara gambar-gambar yang dapat disnap semasa Majlis Sambutan Aidilfitri Peringkat Laksamanapuri Condominium pada 6 Ohos 2016.

Kambing bakar in da house.. alhamdulillah sebanyak 4 ekor kambing bakar disediakan untuk sambutan hari raya kali ini.
Juga terdapat char keow teow goreng... Panas-panas.. 
Kambing Golek yang tidak putus-putus..
Kehadiran Ahli Majlis Perbandaran Selayang Zon 7 iaitu Puan Mazura bin Mokhtar turut menyerikan suasana dengan memberi duit raya.
Sesi pemberian duit raya untuk kanak-kanak dibawah 12 tahun
Majlis juga diserikan dengan kehadiran YB Amirudin Sahri iaitu ADUn N16 Batu Caves. Beliau juga menyerahkan hadiah untuk kategori Lucky Draw..