Friday, January 29, 2021

Notis : Makluman Khas Penutupan Lif No.2 (Lif Tengah)

 Makluman Khas Penutupan Lif No.2 (Lif Tengah)

Untuk makluman semua, lif tengah akan ditutup selama 2 hari iaitu pada esok, 29/01/2021 hingga sabtu 30/01/2021 bagi kerja-kerja kemaskini wiring lif bomba(yang melalui shaft lif tengah) dan kerja-kerja ubah kedudukan panel utama lif tengah.

Lif bomba akan kekal beroperasi seperti biasa. Shutdown hanya melibatkan lif tengah.

Harap Maklum & Terima Kasih.


Thursday, January 28, 2021

Pengurusan kondo tak perlu wajibkan penduduk ambil ujian calitan - Pakar

Pengurusan kondo tak perlu wajibkan penduduk ambil ujian calitan - Pakar

Low Choon Chyuan | Diterbitkan

Pakar kesihatan awam mengkritik pengurusan kondominium kerana mewajibkan penyewa menjalani ujian calitan, dengan mengatakan bahawa langkah itu tidak membantu mengekang koronavirus.

Penyelidik sistem kesihatan dan kesihatan awam Monash University Malaysia Mark Cheong berkata walaupun setiap penyewa menunjukkan keputusan ujian Covid-19 negatif sebelum masuk, ia tidak akan berkesan untuk melindungi penduduk daripada dijangkiti virus itu.

"Ini kerana ujian calitan hanya memberitahu anda jika orang itu mempunyai virus pada saat ujian itu diambil.

"Walaupun penyewa menunjukkan hasil ujian Covid-19 yang negatif, ia tidak melindungi mereka daripada dijangkiti virus kemudian hari dan berpotensi menyebarkannya kepada penduduk lain," katanya.

Penyelidik kesihatan awam Third World Netrwork, Lim Chee Han mengingatkan bahawa orang ramai agar tidak mempunyai tanggapan salah terhadap ujian calitan tetapi memahami keadaan dan kekangan untuk menjalani pemeriksaan.

Dia mengatakan bahawa ujian calitan mempunyai batasan, seperti ketidakupayaan untuk mengesan mereka yang baru dijangkiti. Bagi mereka yang baru pulih daripada virus, ada hasil yang positif ketika menjalani ujian RT-PCR, walaupun mereka tidak lagi dapat menjangkiti orang lain (tahap kebolehjangkitan sangat rendah).

Lim bersetuju dengan Cheong bahawa ujian calitan hanya dapat mengesan sama ada seseorang itu dijangkiti pada waktu ujian diambil, dan kosnya terlalu mahal bagi orang ramai untuk diuji secara berkala.

"Saya dapat memahami mengapa majikan harus memikul tanggungjawab dan menyaring pekerja mereka; ini kerana pekerja mereka harus keluar dan menghubungi orang lain untuk tujuan kerja.

"Tetapi mengapa ada keperluan bagi penduduk kondominium untuk diuji? Lagipun, kosnya tinggi.

"Selain itu, ujian satu kali tidak begitu berkesan untuk mengekang virus," katanya.

Pihak pengurusan tidak boleh melakukan pengujian besar-besaran tanpa tujuan, dan hanya akan merugikan penduduk.

"Saya rasa penjejakan kontak lebih penting ... kecuali ada kes yang disahkan di bangunan itu, maka mereka dapat mengesan kontak rapat dan meminta mereka melakukan ujian calitan," tambahnya.

Pakar penyakit berjangkit Dr Christopher Lee mengatakan di Twitter bahawa langkah-langkah tersebut akan memberi orang "rasa selamat yang salah".

"Selain kesulitan logistik pengujian berkala untuk semua orang, penyaringan pengguna mungkin hanya memberi rasa selamat yang salah.

Bekas timbalan menteri kesihatan Dr Lee Boon Chye mengatakan bahawa tindakan sedemikian tidak realistik.

Jelasnya, pengurusan kondominium seharusnya mengikuti prosedur operasi standard (SOP), termasuk membersihkan lif dan kawasan awam secara berkala serta menjaga jarak sosial.

Sekiranya mereka mengabaikan SOP setelah diuji, kluster baru akan tetap muncul setelah beberapa bulan, kata ahli parlimen PKR Gopeng itu kepada Malaysiakini.

Sumber : https://www.malaysiakini.com/news/560824

Friday, March 27, 2020

RMO-Covid19 : Jom Support... Menu Untuk 27 March 2020

Ok... rasanya semua maklumkan tentang Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 March 2020 - 18 April 2020... So jom support Food Delivery ni, Fresh Cook dari Penduduk Laksamanapuri ye... Minimum Order : 2 pax.. Delivery Charge? FREE untuk Penduduk Laksamanapuri ye.. GRAB dan bantu... Ops Harga tak letak ye.. Kena tanya owner ye... lupa plak...

Boleh whatsapp ke no ini ye +6018-217 3951  . Klik sini

Wednesday, February 19, 2020

Notis: Perjumpaan JMB bersama Penduduk

Notis - Perjumpaan Penduduk & JMB

Dijemput semua pemilik untuk hadir bersama ke Majlis Perjumpaan Bersama Jawatankuasa JMB seperti butiran dilampirkan.


Notis : Serahan Laporan Audit Tahunan Berakhir 2014

Audit JMB 2013/2014

Laporan audit bagi tahun berkenaan telah siap.

Semua owner dijemput untuk mengambil satu salinan  di Pejabat.

Bawa bersama MyKad untuk pengesahan identiti pemilik unit sebagaimana kandungan S&P

Rujuk memo dibawah.