Thursday, November 10, 2016

TEMPAT MAKAN MENARIK - MY31 KUEH, SRI GOMBAK

Kepada peminat masakan ala Kelantan yang berada di Lembah Klang. Di Sri Gombak, terdapat sebuah Cafe bernama MY31 KUEH. Disini terdapat pelbagai jenis nasi berlauk, nasi dagang, nasi kerabu yang boleh dipilih. Contohnya Nasi Air Dingin yang diterbangkan direct dari Kota Bharu.Pelbagai kuih muih juga terdapat disini. Namun pada hari minggu, sila datang awal. Jika tidak anda tidak sempat nak melihat kuih muih kerana cepat habis.

Untuk maklumat lanjut boleh melayari FB Page mereka iaitu https://www.facebook.com/My31Kueh/posts/
untuk melihat menu yang terdapat disini.

Disini dilampirkan beberapa gambar yang diperolehi dari Page mereka untuk rujukan. Makanan memang terbaik, oh tidak lupa jika minum air disini, semuanya berharga RM1 sahaja.

Kekurangan, tempat yang kecil, dan berada di tengah-tengah shoplot tidak mampu memberi ruang kepada ramai pelanggan untuk makan disitu. Semoga rezeki owner bertambah dan boleh mencari tempat / ruamh yamg luas kerana makanan memang sedap dan terbaik.

FB Pages MY31 Kueh



Peta Lokasi MY31 Kueh, Sri Gombak
Ops.. lupa pula nak ceritakan dimana lokasi cafe ini. Terletak di Sri Gombak berhadapan dengan Sup Meletup Asli 24 Jam. Jika familiar dengan Medan Selera Taman Sri Gombak, berhampiran laa dengan kawasan tersebut. Selamat Mencari!!

Alamat : 67 Jln SG 3/1 Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves
Waktu Perniagaan : 7am - 10mlm Setiap Hari Kecuali Jumaat (JUMAAT CUTI)

No comments:

Post a Comment