Tuesday, September 13, 2016

Makluman : Kerja-kerja Pembaikan Paip Air Pecah Fasa 1

Merujuk kepada mesyuarat AJK yang lalu, proses pembaikian paip pecah Fasa 1 mula dijalankan.

Kes Kecuaian Tertinggal Kunci & Park Parking Orang

Mohon kerjasama kepada semua penduduk supaya tidak cuai meninggalkan kenderaan tidak berkunci dan meninggalkan kunci di kereta. Elakkan parking kenderaan di tapak orang lain.

Kes diatas kenderaan ini ditinggalkan di parking tanpa dikunci dan kunci ditinggalkan didalam kenderaan. Kenderaan ini juga diletakkan di parking orang lain.

Friday, September 9, 2016

Kekesalan Diatas Tindakan Individu Tertentu

Pihak kami merasa agak kesal diatas tindakan yang kurang prihatin apabila individu tertentu mengoyakkan notis pemberitahuan makluman penyelenggaraan.

Tindakan beliau mungkin menyebabkan ramai lagi pemilik tidak tahu atau menyedari makluman tersebut. Semoga individu tersebut berubah menjadi insan yang berguna satu hari nanti.

Pihak pengurusan terpaksa melakukan penyelenggaraan agak cepat kerana terpaksa melakukan penukaran door rope lift dari Ground Floor ke Tingkat 18 secara cepat kerana door rope lift sudah berkarat dan mengganggu perjalanan lift sebelum ini. Tindakan pantas perlu dilakukan untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

Makluman - Penyelenggaraan Lif pada 9mlm 9.9.2016

Pemberitahu
Kepada semua penduduk yang dihormati.

Pihak pengurusan Laksamana Puri bersama pihak pembaikan lift akan menjalankan "services" pada 09/09/2016 (jumaat) jam 9.00 malam hingga 11.00 malam.

Ini akan menyebabkan gangguan lift, harap mendapat kerjasama dari semua penduduk.

Segala kesulitan amatlah dikesali.

Sekian, terima kasih.