Friday, September 9, 2016

Kekesalan Diatas Tindakan Individu Tertentu

Pihak kami merasa agak kesal diatas tindakan yang kurang prihatin apabila individu tertentu mengoyakkan notis pemberitahuan makluman penyelenggaraan.

Tindakan beliau mungkin menyebabkan ramai lagi pemilik tidak tahu atau menyedari makluman tersebut. Semoga individu tersebut berubah menjadi insan yang berguna satu hari nanti.

Pihak pengurusan terpaksa melakukan penyelenggaraan agak cepat kerana terpaksa melakukan penukaran door rope lift dari Ground Floor ke Tingkat 18 secara cepat kerana door rope lift sudah berkarat dan mengganggu perjalanan lift sebelum ini. Tindakan pantas perlu dilakukan untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

No comments:

Post a Comment