Sunday, August 16, 2015

Gotong Royong Sempena Sambutan Aidilfitri 2015

Alhamdulillah.. bermula dari jam 8 pagi, kerja gotong royong dalam menyediakan masakan untuk majlis Sambutan Aidilfitri 2015 Peringkat Kondominium Laksamana Puri  anjuran Surau Al-Ikhlas Laksamanapuri Condominium dan JKP Zon 13 MPS telah berjalan lancar.. 

Penduduk-penduduk turun serta untuk bersama-sama bergotong-royong dalam menyediakan juadah seperti nasi beriani, ayam masak merah, kari kambing, dalca dan lain-lain lagi.

Semoga aktiviti-aktiviti seperti ini akan selalu dilakukan. Ini kerana secara tidak langsung mengeratkan hubungan dan ukhuwah persaudaraan dikalangan penduduk di Laksamanapuri Condominium tanpa mengira perbezaan kaum, agama dan fahaman politik

No comments:

Post a Comment